Pilih satu Halaman

Dengan penyebaran berterusan coronavirus ini, kami memberi tumpuan kepada kesihatan dan keselamatan para Pengedar dan pekerja kami. Selepas memberi pertimbangan yang sewajarnya, kami telah memutuskan untuk kepentingan terbaik bagi semua agar memindakan tarikh perjalanan untuk kedua-dua gelombang Lawatan Insentif Jualan Asia-Pasifik & Afrika 2020: Iceland.

Asia-Pasifik & Afrika

GELOMBANG 1: 28 Mac- 1 Apr 2021

Penyertaan negara – negara: Malaysia, Singapura, Australia, Filipina, Afrika Selatan, New Zealand

GELOMBANG 2: 1 Apr- 5 Apr 2021

Penyertaan negara – negara : Indonesia, India, Kemboja, Korea Selatan, Thailand

Tempoh kelayakan: 1 Sep 2019 – 31 Jan 2020

Di Jeunesse, manfaat sebagai seorang usahawan adalah mempunyai kebebasan untuk:

INDULGE

MENIKMATI

peluang yang berbeza dari pekerjaan harian biasa 9 ke 5

MENEMUI

memori baru dengan orang tersayang dan rakan-rakan

MENEROKA

dunia dengan tempat-tempat di luar zon biasa saya

Setiap tahun kami memberi ganjaran kepada Pengedar Jeunesse dengan peluang mencapai sedemikian dengan

Jeunesse memberi ganjaran kepada Pengedar yang layak dengan peluang mengembara pada tahun 2020, kami akan menjemput Pengedar paling kuat bekerja di Asia-Pasifik & Afrika untuk bersama-sama dengan kami di Reykjavik, Iceland.

Reykjavik, Iceland adalah tiket anda untuk pengembaraan, dan Jeunesse menjadikannya satu impian yang nyata! Bersedia untuk meneroka keajaiban semulajadi bandar yang menawan ini dan lanskap yang menakjubkan. Selaku satu Keluarga Jeunesse, kita akan meneroka Taman Negara, glasier dan air terjun sementara meluangkan masa untuk berendam di air panas Blue Lagoon dan mengejar Northern Lights. Anda tidak mahu terlepas peluang menyertai perjalanan ini.Berusaha mencapai kelayakan untuk anda dapat mengalami semuanya di Reykjavik, Iceland.

Lihat di sini untuk maklumat kelayakan untuk perjalanan insentif penjualan ini.

Jika anda masih mempunyai sebarang soalan, sila hubungi Perkhidmatan Pelanggan di 321-275-7171 atau Wakil Perhidmatan VIP.

Kelayakan & RSVP

Bagaimana saya tahu sama ada saya layak untuk lawatan insentif jualan 2020?

Sila lihat dokumen polisi yang terdapat di Jcloud™/[Rantau]/ [Bahasa] untuk maklumat lanjut tentang cara untuk layak. Anda juga akan melihat butang RSVP di sebelah perjalanan dalam Laporan/Laporan Pengedar/[Nama Perjalanan] jika anda telah layak.

Sebaik sahaja saya telah dimaklumkan bahawa saya telah memperoleh perjalanan, bagaimana saya RSVP dan mendaftar?

Untuk Pengedar di Asia Pasifik & Afrika, sila klik butang RSVP di sebelah perjalanan dalam Laporan/Laporan Pengedar/[Nama Perjalanan] dan ikut gesaan dalam jemputan e-mel anda untuk mendaftar melalui borang RSVP dalam talian. Jika anda belum menerima jemputan e-mel, sila hubungi kami di Incentives@JeunesseHQ.com. Kami meminta anda menyediakan seberapa banyak jawapan kepada soalan pendaftaran yang anda tahu. Ia akan membantu kami menyediakan pengalaman yang hebat untuk anda dan tetamu anda, sekiranya anda membawa seseorang.

Apakah tarikh akhir untuk RSVP?

1 Februari 2021

Apa akan berlaku jika saya tidak dapat hadir?

Jika anda tidak dapat hadir — walaupun kami berharap anda boleh — anda akan kehilangan perjalanan. Perjalanan tidak boleh dipindahmilik dan tiada nilai tunai.

Apa yang berlaku jika saya mengesahkan kedatangadan kemudian perlu membatalkannya?

Jeunesse mesti menerima pemberitahuan pembatalan untuk Lawatan Insentif Jualan Asia-Pasifik & Afrika 2020: Reykjavik pada 28 February 2021. Sesiapa yang memperoleh perjalanan dan membatalkannya selepas tarikh ini akan dikenakan yuran pembatalan sebanyak USD $1,400 seorang melalui potongan Dompet. Jika Dompet anda tiada jumlah mencukupi untuk potongan sekali penuh ia akan dikurangkan mengikut apa-apa amaun yang ada sehingga jumlah sepenuhnya ditolak. Jika anda mengesahkan kedatangan tetapi tidak hadir, proses yang sama terpakai.

Apa yang berlaku jika saya tidak mengesahkan kedatangan, tetapi hadir juga?

Kami ingin menghadiahkan perjalanan kepada anda yang layak! Untuk berbuat demikian, kami mesti ketahui terlebih dahulu bahawa anda akan hadir bagi kami menguruskan tempat penginapan yang sesuai untuk anda. Malangnya kami tidak menjamin penginapan bagi mereka yang memilih untuk hadir tanpa RSVP pada 1 Februari 2021.

Bagaimana jika saya ingin membawa penumpang tambahan tetapi hanya layak perjalanan untuk seorang?

Walaupun kami menggalakkan setiap ahli keluarga Jeunesse bekerja ke arah menyertai Lawatan Insentif Jualan, kami hanya boleh menawarkan perjalanan mengikut promosi yang telah ditetapkan. Kami mengalukan tetamu tambahan mengikut garis panduan dalam dokumen polisi di Jcloud /[Rantau]/[Bahasa]. Jika anda ingin membawa tetamu tambahan mengikut garis panduan ini, sila nyatakan sebelum tarikh akhir yang tertera di sini serta mengikut garis panduan yang terdapat dalam dokumen polisi.

Tarikh akhir

RSVP: 1 Februari 2021 

Permohonan tetamu tambahan: 1 Februari 2021

Pembatalan: 28 Februari 2021

APA AKAN BERLAKU JIKA JEUNESSE MEMBATALKAN ATAU MENUNDA PERJALANAN INSENTIF KAMI?

Walaupun kami tidak menjangka untuk membatalkan atau menangguhkan mana-mana perjalanan, keadaan yang tidak diduga boleh timbul dan kami harus membatalkan atau menangguhkan perjalanan insentif kamu. Kami amat mengesyorkan agar anda membeli insurans perjalanan untuk menampung apa -apa tanggungan kos yang mungkin terjadi berkaitan dengan perjalanan, seperti penerbangan. Jeunesse tidak akan membayar balik sebarang kos keluar- saku yang dikenakan kepada diri Pengedar sendiri atau tetamu mereka jika perjalanan dibatalkan atau ditangguhkan.

Butiran Perjalanan & Penerbangan

Adakah saya perlu ada visa atau pasport?

Adalah sangat disyorkan agar anda menyemak dengan kedutaan di tempat anda atau kedutaan di destinasi anda untuk mengesahkan sama ada visa diperlukan dan sama ada terdapat apa-apa kos berkaitan.Jika anda memerlukan surat permohonan visa, sila hubungi kami di Incentives@JeunesseHQ.com.

Apa yang berlaku jika saya tidak mendapat dokumen perjalanan yang sewajarnya (seperti visa) atau tidak mempunyai dokumentasi pasport yang sesuai dan saya tidak dibenarkan menaiki penerbangan saya?

Mempunyai dokumen perjalanan yang betul adalah tanggungjawab anda.
Sekiranya anda tidak memperoleh dokumen perjalanan yang sesuai dan tidak dibenarkan menaiki pesawat dan tidak dapat menghadiri perjalanan, anda akan kehilangan nilai perjalanan serta baucar penerbangan dan bayaran pembatalan akan dikenakan.

Bagaimana penerbangan ditempah?

Sebaik anda menghantar RSVP melalui sistem pendaftaran dalam talian, anda bertanggungjawab menempah penerbangan anda sendiri. Kami mengesyorkan untuk membuat tempahan seawal mungkin untuk kadar tiket yang terbaik, agar anda dapat berbelanja lebih untuk barang-barang kenangan nanti!

Bagaimana dan bila saya akan menerima baucar perjalanan untuk penerbangan saya?

Sebaik anda membuat tempahan, sila muat naik resit di Joffice™, di bawah “Ahli Sahaja,” kemudian “Muat Naik.” Pembayaran balik boleh mengambil masa sehingga 30 hari selepas berakhir perjalanan dan hanya akan diberikan kepada Pengedar yang menghadiri perjalanan.

Berapa bayaran balik untuk penerbangan saya?

Kami akan membayar balik nilai baucar tiket penerbangan yang diperolehi. Bayaran balik akan dikeluarkan 30 hari selepas penutupan perjalanan, selepas anda telah memuat naik resit (s) ke bahagian “Upload” di Joffice.

Walaupun kami tahu kelas perniagaan boleh menggoda, sekiranya anda memilih untuk membeli tiket berharga lebih tinggi daripada nilai baucar anda, anda akan bertanggungjawab untuk perbezaannya.

Adakah pemindahan ke lapangan terbang disediakan?

Pengangkutan darat bagi yang memperoleh perjalanan antara lapangan terbang dan hotel akan disediakan dua hala. Pemindahan akan disediakan pada tarikh ketibaan dan perlepasan. Jika anda memilih untuk tiba lebih awal atau, tinggal kemudian, pemindahan tidak akan disediakan. Untuk keterangan lanjut, mereka yang memperoleh perjalanan boleh merujuk Soalan Lazim di Joffice atau JeunesseTravel.com

Tempat penginapan dan Maklumat Perjalanan

Di manakah saya akan tinggal?

Sila pastikan untuk menyemak di JeunesseTravel.com dan selalu merujuk akaun emel Jeunesse anda untuk maklumat tentang urusan hotel. Tetapi, jangan ragu-ragu, kami akan memastikan tempat tinggal anda penuh dengan gaya.

Adakah terdapat pemandu pelancong yang boleh bertutur dalam Bahasa saya?

Kami akan menyediakan panduan Bahasa berdasarkan negara yang dikunjungi tertakluk kepada ketersediaan. Juga terdapat pekerja Jeunesse sedia membantu dengan soalan-soalan anda.

Adakah kesemua termasuk makanan?

Sarapan akan disertakan di hotel setiap hari, jadi pastikan anda tidak melangkau makanan paling penting ini untuk memulakan hari anda! Terdapat sekurang-kurangnya satu makan tengah hari dan satu makan malam di mana anda akan meneroka bandar dengan sendiri dan makan di mana-mana tempat yang anda pilih, jadi kami mengesyorkan agar anda membawa sekurang-kurangnya USD $100 untuk kesemua makanan ini.

^
Hari Pertama

Hari Pertama

Sepanjang hari: Ketibaan selerak
Pengangkutan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Keflavík (KEF) ke hotel anda akan disediakan oleh Jeunesse, sementara menunggu penerimaan maklumat mengikut tarikh akhir penerbangan
Malam: Sambutan aluan

^
Hari ke-2

Hari ke-2

Pagi/Tengah hari: Pelbagai Aktiviti atau hari beriadah, tertakluk kepada Kumpulan

^
Hari ke- 3

Hari ke- 3

Pagi/Tengah hari: Pelbagai Aktiviti atau hari beriadah, tertakluk kepada Kumpulan

^
Hari ke-4

Hari ke-4

Pagi/Tengah hari: Pelbagai Aktiviti atau hari beriadah, tertakluk kepada Kumpulan
Malam: Gala Perpisahan

^
DAY 5

Hari ke-5

Sepanjang hari : Perlepasan selerak

Pengangkutan dari hotel anda ke Lapangan Terbang Antarabangsa Keflavik (KEF) akan disediakan oleh Jeunesse sementara menunggu penerimaan maklumat mengikut tarikh akhir penerbangan.

Maklumat lengkap itinerari akan di sediakan tidak lama lagi.

Bila saya akan tahu apa yang kita akan lakukan sepanjang minggu?

Sebaik sahaja kami selesai merancang lawatan anda, pastikan anda menyemak laman web untuk melihat maklumat berkaitan perjalanan anda untuk itinerari lengkap. Sebaik sahaja anda tiba di hotel, anda boleh mendapatkan itinerari yang dicetak serta sedikit keseronokan di meja tetamu, di mana wakil Jeunesse akan berada di situ.

Pin It on Pinterest

Share This