Asia Pasifik
PERJALANAN INSENTIF JUALAN

9-13 JULAI, 2022

Tempoh kelayakan:
1 September 2021 – 14 Februari 2022

Di Jeunesse, manfaat sebagai seorang usahawan adalah mempunyai kebebasan untuk:

INDULGE

MENIKMATI

peluang yang berbeza dari pekerjaan
harian biasa 9 ke 5

MENEMUI

memori baru dengan orang tersayang
dan rakan-rakan

MENEROKA

dunia dengan tempat-tempat di luar zon biasa saya

Setiap tahun kami memberi ganjaran kepada Pengedar Jeunesse dengan peluang mencapai sedemikian dengan

Jeunesse memberi ganjaran kepada Pengedar yang layak dengan peluang mengembara pada tahun 2022, kami akan menjemput Pengedar paling kuat bekerja di Asia-Pasifik & Afrika untuk bersama-sama dengan kami di Reykjavik, Iceland.

Jeunesse menjadikan impian anda menjadi kenyataan! Jom bersama-sama untuk menyertai percutian dan bersedia meneroka keindahan alam semula jadi di bandaraya yang penuh dengan pemandangan menakjubkan. Sertai Keluarga Jeunesse untuk melawat taman-taman negara, glasier dan air terjun, dan juga meluangkan masa untuk berendam di perairan air panas Blue Lagoon.Layakkan diri sekarang dan tempah tiket untuk pengembaraan ke Reykjavik, Iceland. anda pasti tidak mahu ketinggalan untuk mengalami semuanya di sana!

Lihat di sini untuk maklumat kelayakan untuk perjalanan insentif penjualan ini.

Sekiranya anda masih mempunyai pertanyaan, hubungi Sokongan Pelanggan di 321-275-7171 atau Wakil Perkhidmatan VIP anda.

Kelayakan & RSVP

Bagaimana saya tahu sama ada saya layak untuk lawatan insentif jualan 2022?
Sila lihat dokumen polisi yang terdapat di Jcloud™/[Rantau]/ [Bahasa] untuk maklumat lanjut tentang cara untuk layak. Anda juga akan melihat butang RSVP di sebelah perjalanan dalam Laporan/Laporan Pengedar/[Nama Perjalanan] jika anda telah layak.
Sebaik sahaja saya telah dimaklumkan bahawa saya telah memperoleh perjalanan, bagaimana saya RSVP dan mendaftar?

Untuk Pengedar di Asia Pasifik & Afrika, sila klik butang RSVP di sebelah perjalanan dalam Laporan/Laporan Pengedar/[Nama Perjalanan] dan ikut gesaan dalam jemputan e-mel anda untuk mendaftar melalui borang RSVP dalam talian. Jika anda belum menerima jemputan e-mel, sila hubungi kami di Incentives@JeunesseHQ.com. Kami meminta anda menyediakan seberapa banyak jawapan kepada soalan pendaftaran yang anda tahu. Ia akan membantu kami menyediakan pengalaman yang hebat untuk anda dan tetamu anda, sekiranya anda membawa seseorang.

Apakah tarikh akhir untuk RSVP?

15 April 2022

Apa akan berlaku jika saya tidak dapat hadir?

Jika anda tidak dapat hadir — walaupun kami berharap anda boleh — anda akan kehilangan perjalanan. Perjalanan tidak boleh dipindahmilik dan tiada nilai tunai.

Apa yang berlaku jika saya mengesahkan kedatangadan kemudian perlu membatalkannya?

Jeunesse mesti menerima pemberitahuan pembatalan untuk Lawatan Insentif Jualan Asia-Pasifik & Afrika 2022: Reykjavik pada 1 Jun 2022. Sesiapa yang memperoleh perjalanan dan membatalkannya selepas tarikh ini akan dikenakan yuran pembatalan sebanyak USD $1,400 seorang melalui potongan Dompet. Jika Dompet anda tiada jumlah mencukupi untuk potongan sekali penuh ia akan dikurangkan mengikut apa-apa amaun yang ada sehingga jumlah sepenuhnya ditolak. Jika anda mengesahkan kedatangan tetapi tidak hadir, proses yang sama terpakai.

Apa yang berlaku jika saya tidak mengesahkan kedatangan, tetapi hadir juga?

Kami ingin menghadiahkan perjalanan kepada anda yang layak! Untuk berbuat demikian, kami mesti ketahui terlebih dahulu bahawa anda akan hadir bagi kami menguruskan tempat penginapan yang sesuai untuk anda. Malangnya kami tidak menjamin penginapan bagi mereka yang memilih untuk hadir tanpa RSVP pada 15 Mac 2022.

Bagaimana jika saya ingin membawa penumpang tambahan tetapi hanya layak perjalanan untuk seorang?
Walaupun kami menggalakkan setiap ahli keluarga Jeunesse bekerja ke arah menyertai Lawatan Insentif Jualan, kami hanya boleh menawarkan perjalanan mengikut promosi yang telah ditetapkan. Kami mengalukan tetamu tambahan mengikut garis panduan dalam dokumen polisi di Jcloud /[Rantau]/[Bahasa]. Jika anda ingin membawa tetamu tambahan mengikut garis panduan ini, sila nyatakan sebelum tarikh akhir yang tertera di sini serta mengikut garis panduan yang terdapat dalam dokumen polisi.
Tarikh akhir

RSVP: 15 April 2022 

Permohonan tetamu tambahan: 15 April 2022

Pembatalan: 1 Jun 2022

Pengangkutan Lapangan Terbang: 1 Jun 2022

APA AKAN BERLAKU JIKA JEUNESSE MEMBATALKAN ATAU MENUNDA PERJALANAN INSENTIF KAMI?

Walaupun kami tidak menjangka untuk membatalkan atau menangguhkan mana-mana perjalanan, keadaan yang tidak diduga boleh timbul dan kami harus membatalkan atau menangguhkan perjalanan insentif kamu. Kami amat mengesyorkan agar anda membeli insurans perjalanan untuk menampung apa -apa tanggungan kos yang mungkin terjadi berkaitan dengan perjalanan, seperti penerbangan. Jeunesse tidak akan membayar balik sebarang kos keluar- saku yang dikenakan kepada diri Pengedar sendiri atau tetamu mereka jika perjalanan dibatalkan atau ditangguhkan.

Butiran Perjalanan & Penerbangan

Adakah saya perlu ada visa atau pasport?

Adalah sangat disyorkan agar anda menyemak dengan kedutaan di tempat anda atau kedutaan di destinasi anda untuk mengesahkan sama ada visa diperlukan dan sama ada terdapat apa-apa kos berkaitan.Jika anda memerlukan surat permohonan visa, sila hubungi kami di Incentives@JeunesseHQ.com.

Apa yang berlaku jika saya tidak mendapat dokumen perjalanan yang sewajarnya (seperti visa) atau tidak mempunyai dokumentasi pasport yang sesuai dan saya tidak dibenarkan menaiki penerbangan saya?
Mempunyai dokumen perjalanan yang betul adalah tanggungjawab anda.
Sekiranya anda tidak memperoleh dokumen perjalanan yang sesuai dan tidak dibenarkan menaiki pesawat dan tidak dapat menghadiri perjalanan, anda akan kehilangan nilai perjalanan serta baucar penerbangan dan bayaran pembatalan akan dikenakan.
Bagaimana penerbangan ditempah?
Sebaik anda menghantar RSVP melalui sistem pendaftaran dalam talian, anda bertanggungjawab menempah penerbangan anda sendiri. Kami mengesyorkan untuk membuat tempahan seawal mungkin untuk kadar tiket yang terbaik, agar anda dapat berbelanja lebih untuk barang-barang kenangan nanti!
Bagaimana dan bila saya akan menerima baucar perjalanan untuk penerbangan saya?
Sebaik anda membuat tempahan, sila muat naik resit di Joffice™, di bawah “Ahli Sahaja,” kemudian “Muat Naik.” Pembayaran balik boleh mengambil masa sehingga 30 hari selepas berakhir perjalanan dan hanya akan diberikan kepada Pengedar yang menghadiri perjalanan.
LAPANGAN TERBANG MANAKAH SEPATUTNYA SAYA GUNAKAN, DAN APAKAH KOD LAPANGAN TERBANG?

Lapangan Terbang Keflavík yang juga dikenali sebagai Lapangan Terbang Reykjavík–Keflavík, Kod Lapangan terbang: KEF

Berapa bayaran balik untuk penerbangan saya?

Kami akan membayar balik nilai baucar tiket penerbangan yang diperolehi. Bayaran balik akan dikeluarkan 30 hari selepas penutupan perjalanan, selepas anda telah memuat naik resit (s) ke bahagian “Upload” di Joffice.

Walaupun kami tahu kelas perniagaan boleh menggoda, sekiranya anda memilih untuk membeli tiket berharga lebih tinggi daripada nilai baucar anda, anda akan bertanggungjawab untuk perbezaannya.

Adakah pemindahan ke lapangan terbang disediakan?

Pengangkutan darat bagi yang memperoleh perjalanan antara lapangan terbang dan hotel akan disediakan dua hala. Pemindahan akan disediakan pada tarikh ketibaan dan perlepasan. Jika anda memilih untuk tiba lebih awal atau, tinggal kemudian, pemindahan tidak akan disediakan. Untuk keterangan lanjut, mereka yang memperoleh perjalanan boleh merujuk Soalan Lazim di Joffice atau JeunesseTravel.com

Kami mesti menerima maklumat penerbangan selewat-lewatnya pada 1 Jun 2022.

Tempat penginapan dan Maklumat Perjalanan

Di manakah saya akan tinggal?
Sila pastikan untuk menyemak di JeunesseTravel.com dan selalu merujuk akaun emel Jeunesse anda untuk maklumat tentang urusan hotel. Tetapi, jangan ragu-ragu, kami akan memastikan tempat tinggal anda penuh dengan gaya.
Adakah terdapat pemandu pelancong yang boleh bertutur dalam Bahasa saya?
Kami akan menyediakan panduan Bahasa berdasarkan negara yang dikunjungi tertakluk kepada ketersediaan. Juga terdapat pekerja Jeunesse sedia membantu dengan soalan-soalan anda.
Adakah kesemua termasuk makanan?
Sarapan akan disertakan di hotel setiap hari, jadi pastikan anda tidak melangkau makanan paling penting ini untuk memulakan hari anda! Terdapat sekurang-kurangnya satu makan tengah hari dan satu makan malam di mana anda akan meneroka bandar dengan sendiri dan makan di mana-mana tempat yang anda pilih, jadi kami mengesyorkan agar anda membawa sekurang-kurangnya USD $100 untuk kesemua makanan ini.

ITINERARI

BILAKAH SAYA AKAN KETAHUI APA YANG AKAN DILAKUKAN SEPANJANG MINGGU?
Setelah kami selesai merancang perjalanan anda, pastikan anda sentiasa merujuk laman web untuk melihat itinerari penuh tentang perjalanan anda. Sebaik sahaja anda tiba di hotel, anda akan menerima beberapa sumbangan alu-aluan di meja hospitaliti, di mana terdapat wakil Jeunesse di sana.
SIAPAKAH YANG DAPAT SAYA AJUKAN SOALAN SEBAIK SAYA TIBA DI SANA?
Terdapat seorang wakil Jeunesse yang akan berada di meja hospitaliti untuk membantu anda.
APA YANG PERLU SAYA BAWA, DAN ADAKAH TERDAPAT KOD PEMAKAIAN?

Kami mengesyorkan anda supaya membawa pakaian kasual bagi kebanyakan perjalanan kerana anda perlu banyak berjalan. Untuk meraikan jamuan pembukaan dan penutupan pula, anda perlu mengenakan pemakaian koktel.

ANDA PERLU BERSEDIA UNTUK MEMBAWA:

  • Pakaian yang sesuai dengan suhu purata antara 51-68° F
  • Pakaian tambahan untuk hari dan malam yang lebih sejuk
  • Menyediakan payung jika cuaca hujan
  • Sepasang kasut yang sesuai dan selesa untuk berjalan (disyorkan jenis kasut dengan bertapak getah)

Semasa kita menghampiri tarikh perjalanan, pastikan anda menyemak JeunesseTravel.com untuk mendapatkan maklumat terkini.

In 2019, nearly 25,000* distributors qualified for an incentive trip.
*This is about 8% of all distributors who earned at least 1 travel point.

Pin It on Pinterest

Share This